KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh baharu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya, kata Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya.
Beliau berkata pihaknya hanya menunggu keputusan daripada SPR untuk menentukan tarikh baharu penamaan calon bagi membolehkan PRK DUN Bugaya diadakan, susulan perintah penamatan ordinan dan proklamasi darurat di kawasan itu berkuat kuasa semalam.
"Sekarang, terserah kepada SPR untuk bermesyuarat dan menetapkan tarikh baharu PRK DUN Bugaya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Kadzim berkata pihaknya sebelum ini telah membuat pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN Bugaya, dan menurutnya SPR telah menetapkan 16 Jan 2021 bagi mengadakan PRK, namun dibatalkan dan ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Bugaya kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 kerana sakit buah pinggang.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 pada September 2020, Manis Muka yang bertanding atas tiket Parti Warisan berjaya mempertahankan kerusi DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas memperoleh 8,557 undi.
Manis Muka yang bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1985, menewaskan enam pencabar lain termasuk calon Perikatan Nasional Mohd Daud Tampokong yang hanya memperoleh 2,552 undi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa semalam.
Perintah pembatalan itu dinamakan sebagai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) dan (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah; serta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 2) (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.054 Gerik, Perak.
Selain itu, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 3) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (No. 3) (Pembatalan) 2022 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.
Dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 6 Okt yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara, pembatalan itu berikutan Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa keperluan kesemua ordinan dan proklamasi darurat berkenaan yang diisytiharkan pada 2020 susulan wabak penyakit berjangkit COVID-19, telah berakhir. - Bernama
Bernama
Fri Oct 07 2022
DUN Sabah hanya menunggu keputusan daripada SPR untuk menentukan tarikh baharu penamaan calon bagi membolehkan PRK DUN Bugaya diadakan, susulan perintah penamatan ordinan dan proklamasi darurat di kawasan itu berkuat kuasa semalam.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu
Jamil yang mewakili parti Warisan telah pun mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah sebagai ADUN baharu pada Jumaat.
PRU15: DUN Bugaya kekal milik Warisan
Calon Parti Warisan yang menang di kerusi DUN Bugaya, Jamil Hamzah akan menyelesaikan tiga isu utama di kawasan DUN tersebut.
PRU15: Ketua STAR bahagian Bugaya letak jawatan, GRS gagal capai kata sepakat
Ketua STAR Bahagian Bugaya, Ahmat Daud mengumumkan peletakan jawatannya sebagai peneraju parti itu di sini berkuat kuasa serta-merta.
PRU15: Hari penamaan calon bermula 9 pagi esok
Kertas panamaan calon untuk PRU15 boleh diserahkan bermula 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di 222 PPC.
PRK Bugaya: DUN Sabah serah kepada SPR tetapkan tarikh
DUN Sabah menyerahkan kepada SPR untuk menetapkan tarikh baharu PRK bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya.
Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan
Perintah pembatalan itu mengikut Fasal (2B) Perkara 150 dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Pengundian PRK Gerik, Bugaya serentak pada 16 Jan - SPR
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, SOP lebih ketat untuk ditetapkan untuk kedua-dua PRK bagi mengelak timbulnya kluster baharu akibat penularan COVID-19.
Dewan Rakyat: Kerajaan pertimbang isytihar darurat di DUN Bugaya, Parlimen Gerik
Takiyuddin berkata, pertimbangan itu bagaimanapun mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN.
Dewan Rakyat sentuh isu darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya hari ini
Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) bertanya kepada Perdana Menteri rasional sekiranya dilaksanakan darurat serta kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan terlibat.
Calon DUN Bugaya Manis Muka dedah rahsia di sebalik nama
Beliau berkata berlaku kesilapan ketika pendaftaran apabila nama Manis Muka yang sepatutnya didaftarkan telah tersalah eja sehingga menjadi Manis Buka.